Sunday, September 26, 2010

MyNews Plaza Masalam Shah Alam

Tempat Tinjauan : MyNews Plaza Masalam Shah Alam
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 11.35 am


1. Kewujudan Komik-M?
Tiada

2. Judul-judul yang dipamerkan?
Tiada juga.

Selepas diperhatikan dengan lebih teliti, judul-judul novel PTS ada pula dijual di situ. Tetapi mengapa tidak Komik-M?

Bagi memuaskan hati sendiri, saya pun meringankan mulut bertanya kepada petugas di situ. Beliau menyatakan Komik-M sebenarnya ada dijual di situ. Wah, hati saya tumbuh sedikit bunga tanda sedikit gembira.
Lalu saya bertanya, "Oh yakah? Di manakah Komik-M itu?"

Lantas beliau memberitahu sambil menunjukkan jarinya ke arah timbunan kotak tidak jauh dari tempat juruwang.
"Sudah lama Komik-M disimpan dalam kotak itu. Kami belum display lagi."

Saya bertanya lagi, "Sudah berapa lama?"

"Sejak bulan Ogos", kata petugas yang manis itu.

"Oooh..." hanya itu yang keluar dari mulut saya.

7 comments:

  1. Pelik juga. Mengapa begitu ya? T_________T

    ReplyDelete
  2. Walau agak pahit untuk ditelan, tapi itulah kenyataannya.

    ReplyDelete
  3. Agenda pemikiran yg dibawa komik-m tidak sentiasa selari dgn agenda pan asian dan western glory yg dipegang mereka.

    Mereka bijak mempromosikan produk yg akan memberi pengaruh kepada pemikiran prospek pelanggan dan potential trend-setters.

    kalau kita tidak berjuang kuat, komik kita akan terus terikut2 budaya mereka dan mentaliti rebung-rebung yang kita lenturkan dari kecil akan mengikut jejak mereka.

    Mereka bertindak bijak, walau hanya dengan menyorokkan buku!

    Kita? bersusah payah mengimport budaya yang akan menghilangkan pula budaya kita!

    ReplyDelete
  4. Terima kasih Encik Poyo dan Encik Brother Best.

    Mungkin pendapat Brother Best itu ada benarnya. Tetapi agenda KomikM itu tiada apalah sangatnya melainkan sekadar mahu komik anak tempatan berjiwa tempatan mendapat tempat yang sewajarnya.

    Mungkin juga mereka sibuk dengan persiapan sebelum Ramadan, kemudian sibuk pula di bulan Ramadan dan sibuk lagi selepas Ramadan.

    Harapnya ada sedikit perubahan selepas ini.

    ReplyDelete
  5. Kurang faham dengan komen Encik Brother Best. Mohon 'straight to the point' sahaja. Terima kasih.

    ReplyDelete
  6. mungkin juga kedai kecil seperti mereka tidak mempunyai cukup rak untuk men"display" judul2 komik m tersebut.. ye la... rak 2 di kedai mereka dipenuhi manga jepun dan komik2 us yg pada mereka lebih ber"standard"

    ReplyDelete