Showing posts with label MyNews. Show all posts
Showing posts with label MyNews. Show all posts

Sunday, September 26, 2010

MyNews Plaza Masalam Shah Alam

Tempat Tinjauan : MyNews Plaza Masalam Shah Alam
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 11.35 am


1. Kewujudan Komik-M?
Tiada

2. Judul-judul yang dipamerkan?
Tiada juga.

Selepas diperhatikan dengan lebih teliti, judul-judul novel PTS ada pula dijual di situ. Tetapi mengapa tidak Komik-M?

Bagi memuaskan hati sendiri, saya pun meringankan mulut bertanya kepada petugas di situ. Beliau menyatakan Komik-M sebenarnya ada dijual di situ. Wah, hati saya tumbuh sedikit bunga tanda sedikit gembira.
Lalu saya bertanya, "Oh yakah? Di manakah Komik-M itu?"

Lantas beliau memberitahu sambil menunjukkan jarinya ke arah timbunan kotak tidak jauh dari tempat juruwang.
"Sudah lama Komik-M disimpan dalam kotak itu. Kami belum display lagi."

Saya bertanya lagi, "Sudah berapa lama?"

"Sejak bulan Ogos", kata petugas yang manis itu.

"Oooh..." hanya itu yang keluar dari mulut saya.

Tuesday, September 21, 2010

MyNews Giant Batu Caves

Tempat Tinjauan : MyNews Giant Batu Caves
Tarikh : 20 September 2010
Masa : 1.45 pm


1. Kewujudan Komik-M?
Ada. Hanya dua judul sahaja.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Ardh #2
2. Amin #1


Sekian dilaporkan.

Terima kasih.


Wednesday, September 15, 2010

Tesco Extra Selayang

Tempat Tinjauan : MyNews Tesco Extra, Selayang
Tarikh : 15 September 2010
Masa : 2.40 pm

1. Kewujudan Komik-M?
Ada.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Ardh #2
2. Twinx #3
3. Baju Raya Dari Syurga
4. Aku, Kau & Bola : Separuh Masa Kedua
5. Aku, Kau & Komik #1
6. Pendekar Melayu Terakhir
* Tiada judul-judul Komik-M yang lain selain yang tertera seperti di atas.

3. Lokasi susunan Komik-M pada rak.
Komik-M diletakkan di rak komik.
Ada juga sebahagian judul yang terselit di bahagian buku novel dan lain-lain.

Kepada yang tinggal berdekatan kawasan ini, bolehlah berkunjung ke sini bagi mendapatkan Komik-M.

Terima kasih.