Thursday, September 30, 2010

MPH SACC Shah Alam

Tempat Tinjauan : MPH SACC Shah Alam
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 2.15 am

1. Kewujudan Komik-M?

Ada tiga rak yang dilabel sebagai 'komik' di sini. Memang penuh dengan 'komik'. Tetapi di mana Komik-M? Adakah Komik-M bukan komik?


Seakan hampir tiada Komik-M di sini...


Eh! Rupa-rupanya ada Komik-M di sini. Lokasinya betul-betul pada 'rak yang hujung' dan yang 'paling bawah'.


2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Ardh #1
2. Ardh #2
3. Meon #2
4. Twinx #3
5. Baju Raya Dari Syurga
6. Pendekar Melayu Terakhir
7. Aviasi Fantasi #1


Sekian dilaporkan.

Monday, September 27, 2010

Kedai Buku Marwilis Shah Alam

Tempat Tinjauan : Kedai Buku Marwilis Shah Alam
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 2.45 am


1. Kewujudan Komik-M?
Ada.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Ardh #1
2. Ardh #2
3. Lili Lulu Lala #1
4. Liga Pendekar


Sekian dilaporkan.

Terima kasih.

Sunday, September 26, 2010

MyNews Plaza Masalam Shah Alam

Tempat Tinjauan : MyNews Plaza Masalam Shah Alam
Tarikh : 26 September 2010
Masa : 11.35 am


1. Kewujudan Komik-M?
Tiada

2. Judul-judul yang dipamerkan?
Tiada juga.

Selepas diperhatikan dengan lebih teliti, judul-judul novel PTS ada pula dijual di situ. Tetapi mengapa tidak Komik-M?

Bagi memuaskan hati sendiri, saya pun meringankan mulut bertanya kepada petugas di situ. Beliau menyatakan Komik-M sebenarnya ada dijual di situ. Wah, hati saya tumbuh sedikit bunga tanda sedikit gembira.
Lalu saya bertanya, "Oh yakah? Di manakah Komik-M itu?"

Lantas beliau memberitahu sambil menunjukkan jarinya ke arah timbunan kotak tidak jauh dari tempat juruwang.
"Sudah lama Komik-M disimpan dalam kotak itu. Kami belum display lagi."

Saya bertanya lagi, "Sudah berapa lama?"

"Sejak bulan Ogos", kata petugas yang manis itu.

"Oooh..." hanya itu yang keluar dari mulut saya.

Tuesday, September 21, 2010

MyNews Giant Batu Caves

Tempat Tinjauan : MyNews Giant Batu Caves
Tarikh : 20 September 2010
Masa : 1.45 pm


1. Kewujudan Komik-M?
Ada. Hanya dua judul sahaja.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Ardh #2
2. Amin #1


Sekian dilaporkan.

Terima kasih.


Sunday, September 19, 2010

Newsplus Giant Kota Damansara

Tempat Tinjauan : Newsplus Giant Kota Damansara
Tarikh : 18 September 2010
Masa : 6.30 pm


1. Kewujudan Komik-M?
Ada.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
1. Aku, Kau & Komik #1
2. Aku, Kau & Komik #2

Sekian dilaporkan.

Friday, September 17, 2010

MPH The Curve Mutiara Damansara

Tempat Tinjauan : MPH The Curve Mutiara Damansara
Tarikh : 16 September 2010
Masa : 8.30 pm

1. Kewujudan Komik-M?
Tidak ada.

Tetapi apabila dilihat dengan lebih teliti... rupa-rupanya ada! Hanya satu sahaja yang terselit di situ! Fuhhh... memang 'sangat mustahil' untuk dijumpai.

Selepas diubah kedudukannya, jadilah ia seperti ini...
Harap ada orang yang berjumpa dan membeli naskhah yang 'hanya satu-satunya dan terakhir' ini.


2. Judul-judul yang dipamerkan?
Hanya ada satu sahaja...
1. Kad Raya Dari Syurga

Di mana judul-judul Komik-M yang lain?


Sekian dilaporkan.

Terima kasih.

Thursday, September 16, 2010

Borders The Curve Mutiara Damansara

Tempat Tinjauan : Borders The Curve, Mutiara Damansara
Tarikh : 16 September 2010
Masa : 7.50 pm

1. Kewujudan Komik-M?
Tidak ada.

2. Judul-judul yang dipamerkan?
Tidak ada.



Gambar pun tidak ada kerana komiknya tidak ada. Ha ha ha!