Rak Komik-M di Kedai Buku Badan Cemerlang (Gambar Nazry Salam Feeqry)
Sebelum ini, bebarapa artis Komik-M pernah membuat promosi di kedai buku ini. Ini adalah kedai buku bersifat indie tetapi layanannya terhadap Komik-M amat memberangsangkan. Tahniah kepada semua pekerja kedai buku Badan Cemerlang, Plaza Angsana, Johor.
Barisan artis Komik-M bersama petugas Badan Cemerlang.
Tempat Tinjauan : Tesco Shah Alam Tarikh : 10 Oktober 2010
Masa : 1.30pm
1. Kewujudan Komik-M? Ada.
2. Judul-judul yang dipamerkan? 1. Ardh #2 (hanya dua naskhah sahaja yang tinggal) 2. Komik-M Raya #2 (hanya senaskhah) 3. Amin #1 (hanya senaskhah, itupun diletak pada bahagian novel)
Selepas diperhatikan dengan lebih teliti, judul-judul novel PTS ada pula dijual di situ. Tetapi mengapa tidak Komik-M?
Bagi memuaskan hati sendiri, saya pun meringankan mulut bertanya kepada petugas di situ. Beliau menyatakan Komik-M sebenarnya ada dijual di situ. Wah, hati saya tumbuh sedikit bunga tanda sedikit gembira.
Lalu saya bertanya, "Oh yakah? Di manakah Komik-M itu?"
Lantas beliau memberitahu sambil menunjukkan jarinya ke arah timbunan kotak tidak jauh dari tempat juruwang.
"Sudah lama Komik-M disimpan dalam kotak itu. Kami belum display lagi."